Teknik pose

Salam. Dalam tutorial ini saya ingin berkongsi asas untuk portrait, iaitu penggayaan kaki.
Seringkali kita mendengar jurufoto mengatakan mereka tidak suka pose pengantin. Ini agak pelik kerana sekiranya mereka tidak tahu teknik pose, mereka tidak akan tahu bagaimana rupa bentuk yang paling menarik secara teori. Dan sekiranya mereka tidak tahu secara teori, ini menandakan mereka cuma mengikut rasa dan feel. Dan selalunya bila mereka dapat pengantin yang kurang cantik, mereka akan hilang feel dan gagal merakam portrait dengan lebih baik.
Untuk bahagian ini, adalah tentang kaki, paling asas, jangan berdirikan subjek tegak saja. Kaki pelanggan anda akan kelihatan sangat besar dan gedabak. Cuba letak satu kaki di belah hadapan satu lagi kaki. Dengan automatik, kaki akan nampak tirus dan mereka akan kelihatan lebih bergaya dan menarik.



        

Tiada ulasan: