1. Pemilihan lokasi
Pilihlah lokasi yang baik dan menarik. Walaupun ada yang mengatakan, pakar fotografi boleh menghasilkan imej dimana saja, ia bagaimanapun sentiasa mengikut konteks. Malah, kita juga perlu menitikberatkan keselesaan. Untuk berkerja sepanjang hari pada waktu terik panas, tiada kemudahan tandas dan sebagainya, mungkin bukan untuk semua orang.
2. Pemilihan Lensa
Potret tidak semestinya menggunakan 50mm. Kita boleh menggunakan 200mm, malah kadang kadang 10mm untuk mendapatkan imej. Bergantung kepada jenis gambar yang kita perlukan. Juga yang penting adalah pemilihan aperture, kadang kadang kita perlukan f11, kadang kadang kita perlukan f/2. Pokok pangkalnya, anda harus bersedia seberapa upaya anda, dan tahu cara alternatif untuk setiap situasi yang mendesak.
3. Lampu denyar (flash) atau lampu studio tambahan
Lampu adalah teman rapat jurufoto potret. Walaupun kita boleh merakam available light sepanjang hari, tetapi bila ada lampu tambahan, kreativiti kita boleh digandakan. Pelajari teknik teknik menggunakan flash, lighting, broad light, short light, key light, accent lighting dan sebagainya. Anda akan meningkatkan pengetahuan anda dan mampu menghasilkan karya dengan lebih baik. Apabila merakam dalam situasi matahari terik, anda perlukan sumber cahaya tambahan dengan kuasa yang kuat. Lampu flash dengan GN yang tinggi, atau lampu studio dengan portable battery back boleh membantu.
4. Pakaian
Pakaian yang dipakai subjek juga penting. Warna memainkan peranan menimbulkan contrast dalam gambar. Bergantung kepada context gambar yang ingin dihasilkan, pemilihan pakaian juga penting.
5. Sudut rakaman
Angle yang anda pilih, latar yang anda pilih, dan apa yang anda masukkan dalam frame, akan beri impak kepada bagaimana penonton menerima gambar anda.
6. Mood dan pose
Keseluruhan pemilihan jatuhan cahaya, shadow, shape, pose dan warna akan beri impak kepada penonton dalam menerima karya anda. Pelajari teknik posing dengan betul, dan pose subjek anda dengan baik. Kerja anda lebih mudah sekiranya berkerja dengan model yang mahir dengan kerjanya
Tiada ulasan:
Catat Ulasan