Memaparkan catatan dengan label DSLR terbaik 2012. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label DSLR terbaik 2012. Papar semua catatan

BRAND KAMERA YANG TERBAIK



Ini mungkin satu soalan yang paling kerap ditanya oleh peminat fotografi yang baru menceburi bidang ini – “Apakah jenama kamera yang terbaik?” Sebenarnya, tidak ada satu jawapan yang tepat untuk soalan ini –  semuanya bergantung kepada keperluan dan citarasa setiap individu. Namun, ada beberapa perkara yang anda perlu tahu bagi membantu anda mendapatkan jawapan kepada persoalan ini.
Ada banyak jenama kamera di pasaran. Ada sesetengah jenama yang jarang didengari kerana mereka mengeluarkan kamera khas untuk golongan tertentu sahaja. Contohnya, jenama kamera Horseman dan Sinar mengkhusus dalam pembuatan View Camera dan kamera berkualiti tinggi yang hanya digunakan oleh segelintir jurufoto yang mengkhusus dalam bidang tertentu.

Ada pula sesetengah jenama yang lebih dikenali sebagai pengeluar jenis kamera yang tertentu. Contohnya, jenama Leica lebih popular sebagai pengeluar kamera jenis Rangefinder (walaupun Leica turut mengeluarkan kamera compact dan DSLR) Jenama Hasselblad pula lebih dikenali sebagai pengeluar kamera Medium Format yang ulung. Kedua-dua jenama ini menghasilkan kamera berkualiti tinggi dan harga kamera mereka jauh lebih mahal dari kamera DSLR yang biasa kita gunakan.

Jadi, dari segi kualiti gambar, kamera berjenama Hasselblad bolehlah dikatakan sebagai di antara beberapa kamera yang terbaik di dunia. Tetapi, ianya bukan kamera yang sesuai untuk semua orang kerana harganya yang sangat mahal dan kameranya lebih besar dan lebih berat dari kamera DSLR biasa. Walaupun kualitinya baik, tetapi kamera ini tidak semestinya menjadi pilihan terbaik untuk kebanyakan orang.
Untuk kamera jenis DSLR, antara jenama yang popular adalah  Nikon, Canon, Sony, Olympus dan Pentax. Sebenarnya, selain dari kualiti kamera itu sendiri, populariti jenama-jenama ini turut dipengaruhi oleh strategi pemasaran dan penjenamaan yang dibuat oleh mereka di sesuatu negara tertentu. Contohnya, ada sesetengah jenama kamera yang lebih popular di Jepun, tetapi kurang popular di Malaysia. Jenama yang popular tidak semestinya menghasilkan kamera yang terbaik. Namun, secara umumnya, adalah lebih ‘selamat’ untuk memilih kamera dari jenama yang popular dan ramai penggunanya.
Setiap jenama meletakkan harga yang berbeza kepada peralatan mereka berbanding jenama lain. Peralatan yang berkualiti biasanya berharga lebih mahal. Selain dari itu, prestij sesuatu jenama biasanya akan turut mempengaruhi harga produk yang mereka jual.
Selain memberi perhatian kepada kualiti sesuatu kamera, anda juga harus pertimbangkan mengenai kualiti perkhidmatan selepas jualan yang ditawarkan oleh jenama-jenama kamera ini. Adakah mudah untuk memperbaiki kamera yang rosak misalnya? Adakah perkhidmatan yang diberikan cepat dan berharga patut?
Setiap syarikat atau jenama pengeluar kamera mempunyai misi dan visi mereka yang tersendiri. Ada jenama yang lebih maju dari segi teknologi, ada jenama yang lebih mengutamakan kualiti, ada jenama yang lebih cenderung membuat kamera bersaiz kecil dan sebagainya.
Satu lagi perkara penting yang perlu anda ketahui ialah, setiap jenama kamera mempunyai sistemnya yang tersendiri yang tidak sama dengan sistem kamera dari jenama lain. Peralatan seperti kamera, lensa dan flash dari jenama tertentu majoritinya hanya boleh digunakan di kalangan jenama yang sama sahaja. Contohnya, kamera jenama Canon tidak boleh menggunakan lensa dari jenama Nikon (kecuali dengan pengubahsuaian khas) Malah, ada juga peralatan dari jenama yang sama tetapi tidak boleh digunakan untuk model yang berbeza. Jadi, adalah penting untuk anda pastikan setiap peralatan yang akan dibeli boleh digunakan dengan peralatan yang telah sedia ada. Isu keserasian peralatan ini lebih dikenali sebagai compatibility.

Selain dari serasi dengan jenama yang sama, setiap kamera juga boleh berfungsi dengan peralatan dari jenama lain asalkan peralatan tersebut dibuat agar serasi dengannya. Jenama seperti Tokina, Tamron dan Sigma membuat berbagai lensa yang sesuai digunakan oleh kamera dari jenama lain. Syarikat ini dikenali sebagai third party lens maker. Biasanya harga lensa yang dibuat oleh syarikat third partyberharga lebih murah dari lensa yang dibuat oleh jenama pembuat kamera yang asal. Cuma pastikan lensa third party yang ingin anda beli boleh digunakan untuk kamera anda.

Selain dari lensa yang dibuat oleh syarikat third party, ada juga syarikat third party yang mengeluarkan flash seperti dari jenama Metz dan Nissin yang serasi digunakan dengan kamera dari jenama Nikon, Canon dansebagainya.

Sebelum anda membuat keputusan untuk membeli kamera dari jenama tertentu, anda perlu fikirkan betul-betul secara keseluruhan dan mengambil kira penggunaan kamera tersebut dalam jangka masa panjang. Ini kerana, sebaik saja anda telah membeli kamera dari jenama tertentu, anda akan ‘terikat’ di dalam sistem kamera itu sahaja. Setiap lensa, flash dan aksesori yang akan dibeli selepas itu mestilah sesuai untuk jenama yang anda gunakan sahaja.

Dalam jangka masa beberapa tahun, anda akan membeli berbagai lensa dan aksesori dari sistem yang sama. Jika pada satu ketika anda ingin menggunakan kamera dari jenama atau sistem lain, anda perlu menjual kesemua peralatan yang telah anda miliki. Ini akan menyebabkan kerugian dan anda juga terpaksa bermula sekali lagi – membeli lensa-lensa dan aksesori baru untuk jenama kamera yang baru anda beli. Penggunaan lebih dari satu sistem kamera dalam masa yang sama biasanya tidak digalakkan kerana ia melibatkan kos yang lebih tinggi.
Satu lagi perkara penting yang perlu diambil kira sebelum membeli kamera ialah – seeloknya anda membeli kamera yang sama jenama dengan kamera yang rakan anda gunakan. Ini akan memberi banyak kemudahan kepada anda dari segi perkongsian maklumat tentang sistem kamera tersebut. Malah, anda boleh bertukar-tukar lensa dan aksesori dengan rakan anda sekiranya keadaan memerlukan.
Setelah anda membandingkan berbagai jenis kamera, anda mungkin akan berhadapan dengan situasi dimana anda perlu memilih satu diantara dua kamera dari berlainan jenama. Setelah membandingkan spesifikasi kedua-dua kamera tersebut, anda mungkin mendapati keduanya adalah hampir sama. Salah satu penyelesaian untuk masalah ini ialah, pilih saja kamera berdasarkan jenama yang anda minati atau pilih saja kamera yang anda suka berdasarkan rekabentuknya semata-mata. Keputusan di sini adalah lebih kepada citarasa anda terhadap imej luaran yang ditampilkan oleh rekabentuk kamera tersebut. Akhir sekali, faktor ini jugalah yang akan membuatkan anda rasa suka dan bangga dengan kamera anda.
Persoalan mengenai jenama kamera terbaik memang sentiasa diutarakan terutamanya oleh peminat fotografi yang baru menceburkan diri dalam bidang ini. Hakikatnya, setiap jenama mempunyai kelebihan dan kelemahan yang tersendiri. Pilihan adalah di tangan anda – buatlah keputusan berdasarkan keperluan, bajet dan citarasa anda sendiri. Apa pun jenama yang anda gunakan, kemahiran anda dalam fotografi jugalah yang akhirnya akan menentukan tahap kehebatan anda sebagai seorang jurufoto.

SEJARAH KAMERA


YASHICA



Syarikat Yashica ditubuhkan pada Disember 1949 di Nagano Prefecture, Jepun, apabila Syarikat Yashima Seiki ditubuhkan dengan pelaburan awal $566.
Lapan pekerjanya pada asalnya menghasilkan komponen bagi jam eletrik. Kemudian, mereka mula menghasilkan komponen kamera, dan menjelang Jun 1953 telah menghasilkan kamera lengkap pertama mereka, Yashimaflex, reflex kanta berkembar ("Twin-lens reflex - TLR") kamera format serdahana direka bagi 6x6cm filem format serdahana. Yashimaflex dan kamera berikutnya menggunakan kanta yang dibeli dari Tomioka Optical Works, memulakan hubungan yang berpanjangan selama bertahun-tahun. Juga pada tahun 1953, nama syarikat ditukarkan kepada Yashima Optical Industry Company, LTD.

Pada tahun 2005, Kyocera menghentikan pengeluaran semua filem dan kamera digital Contax, Yashica, jenama Kyocera yang lain. Pada tahun 2008, Kyocera menjual hak cap dagang bagi Yashica kepada MF Jebsen Group yang bertapak di Hong Kong, dan kini di bawah anak syarikat JNC Datum Tech International, Limited. Keluaran Yashica dari JNC Datum Tech International termasuk kamera digital, kamkoder digital, frem gambar digital, pemain DVI mudah-alih, perakam suara digital, teropong, telefon bimbit dan kad SD..


LEICA


Leica
adalah kamera yang diproduksi oleh perusahaan Jerman bernama sama, Leica. Dalam sejarahnya, perusahaan yang memproduksi kamera ini dulunya bernama Optische Institut von Ernst Leitz of Wetzlar atau Pabrik Optik Leitz Wetzlar dan didirikan pada tahun 1869 khusus untuk memproduksi mikroskop. Pada tahun 1911, seorang fotografer dan ahli optik bernama Oskar Barnak bekerja pada perusahaan tersebut dan berhasil membuat kamera portabel Leica pertama yang menjadi awal dari pembuatan kamera 35mm. Pada tahun 1912, Max Berek juga bergabung dengan perusahaan tersebut dan menemukan sistem lensa Leica.[1] Produk kamera pertama yang diluncurkan perusahaan ini disebut Ur-Leica, dimana Ur berarti orisinil atau prototipe dan Leica dari singkatan Leitz Camera. Pada tahun 1924, Oskar Barnak berhasil menyakinkan Ernst Leitz II, menantu pemilik Leica saat itu, untuk memproduksi kamera 35mm hasil rancangannya


MINOLTA


Minolta adalah syarikat yg datang dari Jepun,dan ia mengeluarkan alat-alat tambahan kamera, mesin salinan foto, mesin faks , dan pencetak laser. Minolta telah ditubuhkan di Osaka, Jepun, dalam 1928 sebagai Nichi-Doku Shashinki Shōten (日独写真机商店?, kedai kamera jepun dan jerman). ia juga telah dikenali antara pencipta lensa pertama autofokus 35mm sistem kamera SLR. Sehingga 1933 kemudian ia muncul dengan sebuah kamera, satu salinan Makina Plaubel hanya dipanggil "Minolta." Dalam 2003, Konica Corporation bergabung dengan Minolta membentuk Konica Minolta.

Pada 19 Januari, 2006, Konica Minolta mengumumkan bahawa  ia telah meninggalkan perniagaan kamera, foto dan bahawa ia akan menjual separuh syarikat perniagaan kamera SLR nya kepada Sony sebagai sebahagian dari langkahnya untuk menarik pengeluaran lensa Minolta keluar dari perniagaan kamera dan filem fotograf

Kemudian pada penghujung 2007 konica minolta mengistiharkan untuk bergabung dengan syarikat gergasi Sony dan mengeluarkan lensa-lensa dibawah naugan pengeluar Sony alpha dan daripada itu konica minolta mengembangkan perniagaanmya di americas, asia pasifik, eropah, timur tengah dan afrika.

Jenis-jenis Flash

terdapat 4 jenis flash yang utama :

Built in flash atau pop up flash

1. Built In Flash
Built in flash biasanya cuma boleh memancarkan cahaya pada satu arah dan mempunyai kuasa pancaran yang rendah. Built in flash selalu digunakan untuk fill in flash.

Canon 600ex RT speedlite terbaru dari canon

2. Hotshoe flash
Kadangkala dipanggil flashgun memberikan kuasa yang lebih tinggi dan memberikan keupayaan liputan yang lebih luas meliputi pelbagai darjah. Kepala flash boleh dipusingkan atau disengetkan untuk mendapat pencahayaan optimum.

Metz 45-cl4

3. Hammerhead flash
Portable tetapi flash yang besarr dengan kuasa yang tinggi. Biasanya dipasang kepada kamera melalui braket
4. Ring flash
Unit yang istimewa, direka khas untuk macro fotografi. Kadangkala digunakan juga untuk portrait untuk mendapatkan imej dengan kesan cahaya yang rata dan menarik

6 tips merakam fotografi potret







1. Pemilihan lokasi

Pilihlah lokasi yang baik dan menarik. Walaupun ada yang mengatakan, pakar fotografi boleh menghasilkan imej dimana saja, ia bagaimanapun sentiasa mengikut konteks. Malah, kita juga perlu menitikberatkan keselesaan. Untuk berkerja sepanjang hari pada waktu terik panas, tiada kemudahan tandas dan sebagainya, mungkin bukan untuk semua orang.

2. Pemilihan Lensa

Potret tidak semestinya menggunakan 50mm. Kita boleh menggunakan 200mm, malah kadang kadang 10mm untuk mendapatkan imej. Bergantung kepada jenis gambar yang kita perlukan. Juga yang penting adalah pemilihan aperture, kadang kadang kita perlukan f11, kadang kadang kita perlukan f/2. Pokok pangkalnya, anda harus bersedia seberapa upaya anda, dan tahu cara alternatif untuk setiap situasi yang mendesak.

3. Lampu denyar (flash) atau lampu studio tambahan

Lampu adalah teman rapat jurufoto potret. Walaupun kita boleh merakam available light sepanjang hari, tetapi bila ada lampu tambahan, kreativiti kita boleh digandakan. Pelajari teknik teknik menggunakan flash, lighting, broad light, short light, key light, accent lighting dan sebagainya. Anda akan meningkatkan pengetahuan anda dan mampu menghasilkan karya dengan lebih baik. Apabila merakam dalam situasi matahari terik, anda perlukan sumber cahaya tambahan dengan kuasa yang kuat. Lampu flash dengan GN yang tinggi, atau lampu studio dengan portable battery back boleh membantu.

4. Pakaian

Pakaian yang dipakai subjek juga penting. Warna memainkan peranan menimbulkan contrast dalam gambar. Bergantung kepada context gambar yang ingin dihasilkan, pemilihan pakaian juga penting.

5. Sudut rakaman

Angle yang anda pilih, latar yang anda pilih, dan apa yang anda masukkan dalam frame, akan beri impak kepada bagaimana penonton menerima gambar anda.

6. Mood dan pose

Keseluruhan pemilihan jatuhan cahaya, shadow, shape, pose dan warna akan beri impak kepada penonton dalam menerima karya anda. Pelajari teknik posing dengan betul, dan pose subjek anda dengan baik. Kerja anda lebih mudah sekiranya berkerja dengan model yang mahir dengan kerjanya

DSLR TERBAIK 2012




NIKON D4
16.2 effective megapixel, full-frame sensor




CANON EOS 1D MARK III
full-frame, 18.1 Megapixel CMOS sensor



SONY SLT A99
full-frame, 24 megapixel CMOS Sensor, Waterproof




OLYMPUS E-5 PRO
18 megapixels, APS-C image, Waterproof




NIKON D700
12.1 megapixel full-frame sensor



CANON EOS 5D MARK III
22 megapixel, full-frame, CMOS sensor


CANON EOS REBEL T3i
18 Megapixel, APS-C CMOS sensor




CANON EOS 60D
18.2 megapixel, APS-C CMOS sensor


NIKON D5100
16.2 megapixel CMOS sensor





SONY ALPHA A57
16.1 megapixel APS HD CMOS sensor