BRAND KAMERA YANG TERBAIK



Ini mungkin satu soalan yang paling kerap ditanya oleh peminat fotografi yang baru menceburi bidang ini – “Apakah jenama kamera yang terbaik?” Sebenarnya, tidak ada satu jawapan yang tepat untuk soalan ini –  semuanya bergantung kepada keperluan dan citarasa setiap individu. Namun, ada beberapa perkara yang anda perlu tahu bagi membantu anda mendapatkan jawapan kepada persoalan ini.
Ada banyak jenama kamera di pasaran. Ada sesetengah jenama yang jarang didengari kerana mereka mengeluarkan kamera khas untuk golongan tertentu sahaja. Contohnya, jenama kamera Horseman dan Sinar mengkhusus dalam pembuatan View Camera dan kamera berkualiti tinggi yang hanya digunakan oleh segelintir jurufoto yang mengkhusus dalam bidang tertentu.

Ada pula sesetengah jenama yang lebih dikenali sebagai pengeluar jenis kamera yang tertentu. Contohnya, jenama Leica lebih popular sebagai pengeluar kamera jenis Rangefinder (walaupun Leica turut mengeluarkan kamera compact dan DSLR) Jenama Hasselblad pula lebih dikenali sebagai pengeluar kamera Medium Format yang ulung. Kedua-dua jenama ini menghasilkan kamera berkualiti tinggi dan harga kamera mereka jauh lebih mahal dari kamera DSLR yang biasa kita gunakan.

Jadi, dari segi kualiti gambar, kamera berjenama Hasselblad bolehlah dikatakan sebagai di antara beberapa kamera yang terbaik di dunia. Tetapi, ianya bukan kamera yang sesuai untuk semua orang kerana harganya yang sangat mahal dan kameranya lebih besar dan lebih berat dari kamera DSLR biasa. Walaupun kualitinya baik, tetapi kamera ini tidak semestinya menjadi pilihan terbaik untuk kebanyakan orang.
Untuk kamera jenis DSLR, antara jenama yang popular adalah  Nikon, Canon, Sony, Olympus dan Pentax. Sebenarnya, selain dari kualiti kamera itu sendiri, populariti jenama-jenama ini turut dipengaruhi oleh strategi pemasaran dan penjenamaan yang dibuat oleh mereka di sesuatu negara tertentu. Contohnya, ada sesetengah jenama kamera yang lebih popular di Jepun, tetapi kurang popular di Malaysia. Jenama yang popular tidak semestinya menghasilkan kamera yang terbaik. Namun, secara umumnya, adalah lebih ‘selamat’ untuk memilih kamera dari jenama yang popular dan ramai penggunanya.
Setiap jenama meletakkan harga yang berbeza kepada peralatan mereka berbanding jenama lain. Peralatan yang berkualiti biasanya berharga lebih mahal. Selain dari itu, prestij sesuatu jenama biasanya akan turut mempengaruhi harga produk yang mereka jual.
Selain memberi perhatian kepada kualiti sesuatu kamera, anda juga harus pertimbangkan mengenai kualiti perkhidmatan selepas jualan yang ditawarkan oleh jenama-jenama kamera ini. Adakah mudah untuk memperbaiki kamera yang rosak misalnya? Adakah perkhidmatan yang diberikan cepat dan berharga patut?
Setiap syarikat atau jenama pengeluar kamera mempunyai misi dan visi mereka yang tersendiri. Ada jenama yang lebih maju dari segi teknologi, ada jenama yang lebih mengutamakan kualiti, ada jenama yang lebih cenderung membuat kamera bersaiz kecil dan sebagainya.
Satu lagi perkara penting yang perlu anda ketahui ialah, setiap jenama kamera mempunyai sistemnya yang tersendiri yang tidak sama dengan sistem kamera dari jenama lain. Peralatan seperti kamera, lensa dan flash dari jenama tertentu majoritinya hanya boleh digunakan di kalangan jenama yang sama sahaja. Contohnya, kamera jenama Canon tidak boleh menggunakan lensa dari jenama Nikon (kecuali dengan pengubahsuaian khas) Malah, ada juga peralatan dari jenama yang sama tetapi tidak boleh digunakan untuk model yang berbeza. Jadi, adalah penting untuk anda pastikan setiap peralatan yang akan dibeli boleh digunakan dengan peralatan yang telah sedia ada. Isu keserasian peralatan ini lebih dikenali sebagai compatibility.

Selain dari serasi dengan jenama yang sama, setiap kamera juga boleh berfungsi dengan peralatan dari jenama lain asalkan peralatan tersebut dibuat agar serasi dengannya. Jenama seperti Tokina, Tamron dan Sigma membuat berbagai lensa yang sesuai digunakan oleh kamera dari jenama lain. Syarikat ini dikenali sebagai third party lens maker. Biasanya harga lensa yang dibuat oleh syarikat third partyberharga lebih murah dari lensa yang dibuat oleh jenama pembuat kamera yang asal. Cuma pastikan lensa third party yang ingin anda beli boleh digunakan untuk kamera anda.

Selain dari lensa yang dibuat oleh syarikat third party, ada juga syarikat third party yang mengeluarkan flash seperti dari jenama Metz dan Nissin yang serasi digunakan dengan kamera dari jenama Nikon, Canon dansebagainya.

Sebelum anda membuat keputusan untuk membeli kamera dari jenama tertentu, anda perlu fikirkan betul-betul secara keseluruhan dan mengambil kira penggunaan kamera tersebut dalam jangka masa panjang. Ini kerana, sebaik saja anda telah membeli kamera dari jenama tertentu, anda akan ‘terikat’ di dalam sistem kamera itu sahaja. Setiap lensa, flash dan aksesori yang akan dibeli selepas itu mestilah sesuai untuk jenama yang anda gunakan sahaja.

Dalam jangka masa beberapa tahun, anda akan membeli berbagai lensa dan aksesori dari sistem yang sama. Jika pada satu ketika anda ingin menggunakan kamera dari jenama atau sistem lain, anda perlu menjual kesemua peralatan yang telah anda miliki. Ini akan menyebabkan kerugian dan anda juga terpaksa bermula sekali lagi – membeli lensa-lensa dan aksesori baru untuk jenama kamera yang baru anda beli. Penggunaan lebih dari satu sistem kamera dalam masa yang sama biasanya tidak digalakkan kerana ia melibatkan kos yang lebih tinggi.
Satu lagi perkara penting yang perlu diambil kira sebelum membeli kamera ialah – seeloknya anda membeli kamera yang sama jenama dengan kamera yang rakan anda gunakan. Ini akan memberi banyak kemudahan kepada anda dari segi perkongsian maklumat tentang sistem kamera tersebut. Malah, anda boleh bertukar-tukar lensa dan aksesori dengan rakan anda sekiranya keadaan memerlukan.
Setelah anda membandingkan berbagai jenis kamera, anda mungkin akan berhadapan dengan situasi dimana anda perlu memilih satu diantara dua kamera dari berlainan jenama. Setelah membandingkan spesifikasi kedua-dua kamera tersebut, anda mungkin mendapati keduanya adalah hampir sama. Salah satu penyelesaian untuk masalah ini ialah, pilih saja kamera berdasarkan jenama yang anda minati atau pilih saja kamera yang anda suka berdasarkan rekabentuknya semata-mata. Keputusan di sini adalah lebih kepada citarasa anda terhadap imej luaran yang ditampilkan oleh rekabentuk kamera tersebut. Akhir sekali, faktor ini jugalah yang akan membuatkan anda rasa suka dan bangga dengan kamera anda.
Persoalan mengenai jenama kamera terbaik memang sentiasa diutarakan terutamanya oleh peminat fotografi yang baru menceburkan diri dalam bidang ini. Hakikatnya, setiap jenama mempunyai kelebihan dan kelemahan yang tersendiri. Pilihan adalah di tangan anda – buatlah keputusan berdasarkan keperluan, bajet dan citarasa anda sendiri. Apa pun jenama yang anda gunakan, kemahiran anda dalam fotografi jugalah yang akhirnya akan menentukan tahap kehebatan anda sebagai seorang jurufoto.

SEJARAH KAMERA


YASHICA



Syarikat Yashica ditubuhkan pada Disember 1949 di Nagano Prefecture, Jepun, apabila Syarikat Yashima Seiki ditubuhkan dengan pelaburan awal $566.
Lapan pekerjanya pada asalnya menghasilkan komponen bagi jam eletrik. Kemudian, mereka mula menghasilkan komponen kamera, dan menjelang Jun 1953 telah menghasilkan kamera lengkap pertama mereka, Yashimaflex, reflex kanta berkembar ("Twin-lens reflex - TLR") kamera format serdahana direka bagi 6x6cm filem format serdahana. Yashimaflex dan kamera berikutnya menggunakan kanta yang dibeli dari Tomioka Optical Works, memulakan hubungan yang berpanjangan selama bertahun-tahun. Juga pada tahun 1953, nama syarikat ditukarkan kepada Yashima Optical Industry Company, LTD.

Pada tahun 2005, Kyocera menghentikan pengeluaran semua filem dan kamera digital Contax, Yashica, jenama Kyocera yang lain. Pada tahun 2008, Kyocera menjual hak cap dagang bagi Yashica kepada MF Jebsen Group yang bertapak di Hong Kong, dan kini di bawah anak syarikat JNC Datum Tech International, Limited. Keluaran Yashica dari JNC Datum Tech International termasuk kamera digital, kamkoder digital, frem gambar digital, pemain DVI mudah-alih, perakam suara digital, teropong, telefon bimbit dan kad SD..


LEICA


Leica
adalah kamera yang diproduksi oleh perusahaan Jerman bernama sama, Leica. Dalam sejarahnya, perusahaan yang memproduksi kamera ini dulunya bernama Optische Institut von Ernst Leitz of Wetzlar atau Pabrik Optik Leitz Wetzlar dan didirikan pada tahun 1869 khusus untuk memproduksi mikroskop. Pada tahun 1911, seorang fotografer dan ahli optik bernama Oskar Barnak bekerja pada perusahaan tersebut dan berhasil membuat kamera portabel Leica pertama yang menjadi awal dari pembuatan kamera 35mm. Pada tahun 1912, Max Berek juga bergabung dengan perusahaan tersebut dan menemukan sistem lensa Leica.[1] Produk kamera pertama yang diluncurkan perusahaan ini disebut Ur-Leica, dimana Ur berarti orisinil atau prototipe dan Leica dari singkatan Leitz Camera. Pada tahun 1924, Oskar Barnak berhasil menyakinkan Ernst Leitz II, menantu pemilik Leica saat itu, untuk memproduksi kamera 35mm hasil rancangannya


MINOLTA


Minolta adalah syarikat yg datang dari Jepun,dan ia mengeluarkan alat-alat tambahan kamera, mesin salinan foto, mesin faks , dan pencetak laser. Minolta telah ditubuhkan di Osaka, Jepun, dalam 1928 sebagai Nichi-Doku Shashinki Shōten (日独写真机商店?, kedai kamera jepun dan jerman). ia juga telah dikenali antara pencipta lensa pertama autofokus 35mm sistem kamera SLR. Sehingga 1933 kemudian ia muncul dengan sebuah kamera, satu salinan Makina Plaubel hanya dipanggil "Minolta." Dalam 2003, Konica Corporation bergabung dengan Minolta membentuk Konica Minolta.

Pada 19 Januari, 2006, Konica Minolta mengumumkan bahawa  ia telah meninggalkan perniagaan kamera, foto dan bahawa ia akan menjual separuh syarikat perniagaan kamera SLR nya kepada Sony sebagai sebahagian dari langkahnya untuk menarik pengeluaran lensa Minolta keluar dari perniagaan kamera dan filem fotograf

Kemudian pada penghujung 2007 konica minolta mengistiharkan untuk bergabung dengan syarikat gergasi Sony dan mengeluarkan lensa-lensa dibawah naugan pengeluar Sony alpha dan daripada itu konica minolta mengembangkan perniagaanmya di americas, asia pasifik, eropah, timur tengah dan afrika.

Jenis-jenis Flash

terdapat 4 jenis flash yang utama :

Built in flash atau pop up flash

1. Built In Flash
Built in flash biasanya cuma boleh memancarkan cahaya pada satu arah dan mempunyai kuasa pancaran yang rendah. Built in flash selalu digunakan untuk fill in flash.

Canon 600ex RT speedlite terbaru dari canon

2. Hotshoe flash
Kadangkala dipanggil flashgun memberikan kuasa yang lebih tinggi dan memberikan keupayaan liputan yang lebih luas meliputi pelbagai darjah. Kepala flash boleh dipusingkan atau disengetkan untuk mendapat pencahayaan optimum.

Metz 45-cl4

3. Hammerhead flash
Portable tetapi flash yang besarr dengan kuasa yang tinggi. Biasanya dipasang kepada kamera melalui braket
4. Ring flash
Unit yang istimewa, direka khas untuk macro fotografi. Kadangkala digunakan juga untuk portrait untuk mendapatkan imej dengan kesan cahaya yang rata dan menarik

6 tips merakam fotografi potret







1. Pemilihan lokasi

Pilihlah lokasi yang baik dan menarik. Walaupun ada yang mengatakan, pakar fotografi boleh menghasilkan imej dimana saja, ia bagaimanapun sentiasa mengikut konteks. Malah, kita juga perlu menitikberatkan keselesaan. Untuk berkerja sepanjang hari pada waktu terik panas, tiada kemudahan tandas dan sebagainya, mungkin bukan untuk semua orang.

2. Pemilihan Lensa

Potret tidak semestinya menggunakan 50mm. Kita boleh menggunakan 200mm, malah kadang kadang 10mm untuk mendapatkan imej. Bergantung kepada jenis gambar yang kita perlukan. Juga yang penting adalah pemilihan aperture, kadang kadang kita perlukan f11, kadang kadang kita perlukan f/2. Pokok pangkalnya, anda harus bersedia seberapa upaya anda, dan tahu cara alternatif untuk setiap situasi yang mendesak.

3. Lampu denyar (flash) atau lampu studio tambahan

Lampu adalah teman rapat jurufoto potret. Walaupun kita boleh merakam available light sepanjang hari, tetapi bila ada lampu tambahan, kreativiti kita boleh digandakan. Pelajari teknik teknik menggunakan flash, lighting, broad light, short light, key light, accent lighting dan sebagainya. Anda akan meningkatkan pengetahuan anda dan mampu menghasilkan karya dengan lebih baik. Apabila merakam dalam situasi matahari terik, anda perlukan sumber cahaya tambahan dengan kuasa yang kuat. Lampu flash dengan GN yang tinggi, atau lampu studio dengan portable battery back boleh membantu.

4. Pakaian

Pakaian yang dipakai subjek juga penting. Warna memainkan peranan menimbulkan contrast dalam gambar. Bergantung kepada context gambar yang ingin dihasilkan, pemilihan pakaian juga penting.

5. Sudut rakaman

Angle yang anda pilih, latar yang anda pilih, dan apa yang anda masukkan dalam frame, akan beri impak kepada bagaimana penonton menerima gambar anda.

6. Mood dan pose

Keseluruhan pemilihan jatuhan cahaya, shadow, shape, pose dan warna akan beri impak kepada penonton dalam menerima karya anda. Pelajari teknik posing dengan betul, dan pose subjek anda dengan baik. Kerja anda lebih mudah sekiranya berkerja dengan model yang mahir dengan kerjanya

SEJARAH PHOTOGRAPHY






Meskipun manusia sudah menggunakan-patung dan lukisan selama beribu-ribu tahun untuk mengungkap santiran dari apa yang dilihatnya, namun gagasan untuk melihat ini secara mekanis baru dimulai pada Abad ke-18, ketika para ilmuwan menjadi tertarik oleh peranti kuno setengah-ilmiah yang dikenal sebagai kamera obskura. Ini adalah sebuah ruangan kecil, gelap kecuali adanya cahaya yang masuk melalui lensa di dalam sebuah lubang kecil di satu dinding. Orang-orang di dalam ruangan melihat pemandangan dari alam yang disinari matahari di luar, yang diproyeksikan di dinding yang berhadapan. Tetapi santiran ini sebentar saja; sewaktu cahaya di luar mengabur, santiran itu menghilang.

Usaha untuk menangkap dan mempertahankan santiran-santiran inilah yang menghasilkan fotografi. Eksperimen-eksperimen pertama dibuat dengan pelat-pelat logam yang dilapisi dengan berbagai macam larutan perak. Zat kimia ini mengurai perlahan-lahan bila terkena cahaya. Kalau pelat yang disiapkan secara demikian tadi diletakkan dalam kotak gelap (kamera obskura bentuk kecil) dan dipasang di depan sebuah pemandangan atau di depan suatu benda, perlahan-lahan bentuk remang-remang benda itu akan muncul pada pelat. Dari awal yang masih mentah inilah datangnya serentetan perbaikan dalam fotoreseptor, dalam zat kimia dan dalam kamera; beberapa di antara hal-hal penting ini dilukiskan oleh fotografi kuno bersejarah yang ditunjukkan pada halaman-halaman berikut.




Foto pertama di dunia dibuat dalam tahun 1826 oleh Joseph Nicephore Niepce dari sebuah jendela di rumah perkebunannya di Perancis. Untuk “film” Niepce menggunakan lem­pengan campuran timah yang dipekakan dan ia mendapat gambaran kabur dari puncak-puncak atap yang digambarkan di atas. Foto ini biasanya diperbaiki supaya jelas tetapi versi yang seperti inilah wujud sebenarnya. Di bawah ini merupakan hasil pemotretan yang telah diperbaiki. Image of a Set Table ini dibuat Niepce tahun 1827















PENCAHAYAAN JANGKA LAMA

Pelat tembaga berlapis perak yang dengan perak jodida merekam santiran sebuah jalan di Paris. Dalam daguerreotipe buatan L.J.M. Daguerre pada tahun 1839 ini terdapat orang pertama yang pernah difoto – seseorang yang sedang menyuruh agar sepatunya dibersihkan (kanan depan). Jalan itu sedang sibuk tetapi hanya orang ini yang cukup lama di tempat, sehingga terlihat selama pencahayaan dengan waktu lima menit.






Eksperimen Penting pada Tembaga

Usaha pertama yang berhasil dalam menangkap santiran penglihatan dilakukan di Perancis dalam tahun 1830 oleh Nicephore Niepce, seorang penemu, dan Louis J.M. Daguerre, seorang perancang panggung. Sebenarnya Niepcelah orang yang berkehormatan membuat foto pertama di dunia. Tetapi Daguerre adalah orang yang memulai fotografi dengan cara mengenakan uap air raksa pada pelat tembaga peka untuk memunculkan santiran yang jauh lebih tajam daripada yang pernah dapat dibuat orang sebelumnya. Meskipun tidak ada kopi yang dapat dibuat dari gambar itu, daguerreotipe sangatlah menguntungkan dan menjadikan penemunya kaya.


DAGUERRE DALAM DAGUERREOTIPE


Pada waktu yang sama seorang Inggris, Fox Talbot, sedang membuat “film” temuannya berupa kertas berlapis perak klorida. Hasilnya adalah negatif kertas yang dapat mereproduksi banyak cetakan dengan menekankannya pada kertas peka dan membiarkannya tertembus oleh cahaya matahari.


Dalam foto yang dibuat pada tahun 1845 ini Fox Talbot di muka studio laboratoriumnya memamerkan keampuhan proses kertas penemuannya ini dapat (dari kiri) menurun lukisan, memotret orang duduk, mencetak pelat pada rak dalam cahaya matahari dan memtoto patung.


Hasil Lebih Baik dengan Kaca Basah

Daguerreotipe dan negatif kertas Talbot dilupakan orang menjelang tahun 1860 setelah diperkenalkannya film dari pelat kaca yang diolah secara kimia. Kaca merupakan dasar yang baik sekali untuk emulsi kimia peka sebab benar-benar tembus pandang dan tidak menghalangi lewatnya cahaya, sehingga memungkinkan cetakan yang terang dan tajam. Masalah melekatkan emulsi ke kaca dipecahkan oleh seorang Inggris, Scott Archer, tahun 1851. la menggunakan zat cair lengket yang disebut kolodium. Pelat basahnya harus disiapkan, disinari dan dicuci di tempat, sebelum emulsi pekanya mengering. Proses ini repot, tetapi cukup baik sehingga para pemotret bersemangat untuk membawa perlengkapan yang berat ke seluruh penjuru dunia. Dua orang pelopor semacam itu adalah William H. Jackson, yang memotret Daerah Barat Amerika, dan seorang Inggris, Roger Fenton, pemotret perang zaman dahulu.



JACKSON BERAKSI


Di puncak Glacier Point, di tempat yang sekarang menjadi Taman Nasional Yosemite, Kalifornia, Jackson menyetel kamera pelat basahnya untuk memotret pemandangan alam. Antara tahun 1866 dan 1879 dia mengembara di Daerah Barat Amerika,dan membuat ribuan foto. Foto-foto nya sangat tenar dan jepretan pemandangannya berpengaruh membujuk Konggres A.S. untuk membuat taman-taman nasional di seluruh Amerika

BENGKEL YANG MUDAH DIBAWA


Di Daerah Barat Amerika, William H. Jackson bekerja dengan pelat-pelat basah dalam ruang gelap, sebuah tenda di dekat jalan kereta rel di Utah. Ia memotret awak kereta rel sebagai imbalan tumpangan cuma-cuma.

ALAT-ALAT UNTUK PELAT BASAH



Alat-alat inilah yang dibutuhkan untuk membuat gambar pada pelat basah. Pelat kaca dijepit (kiri) untuk dibersihkan dan digilapkan. Kolodium yang lengket dituangkan pa­da kaca, yang lalu dicelupkan dalam bak pelat (tengoh), tempat pelat mendapat lapisan larutan perak nitrat. Pelat diletakkan dalam suatu wadah (depon) sehingga dapat disisipkan dalam kamera (belohang, kanan) tanpa menyentuhkan permukaan Iengketnya pada sesuatu.Sesudah pencahayaan,sebuah gagang pistol (kanan) digunakan untuk merendam pelat itu dalam cairan pencuci. Berat semua peralatan ini dapat mcncapai 50 kilogram.


Roger Fenton adalah seorang pengacara lnggris yang dengan pembantunya mem­bawa laboratorium-foto-keliling ini ke Semenanjung Krim dalam tahun 1855. Dalam keretanya, Fenton menyimpan lima kamera, 700 pelat kaca, dan berpeti-peti zat kimia, juga tenda tidur, dan makanan. Ia menjelajahi perkemahan dan medan-medan pertempuran. Dia sering dihentikan oleh pasukan Inggris yang berkeras supaya mereka difoto.

Keajaiban Pelat Kering

Percobaan yang penuh perjuangan gigih dengan potret pelat basah berakhir dalam 1876 dengan tibanya pelat kering – kaca persegi seperti sebelumnya, tetapi kali ini emulsi pekanya ditahan oleh lapisan gelatin yang cepat kering. Formula gelatin yang pertama dikernbangkan pada tahun 1871 oleh seorang dokter Inggris, Richard L. Maddox. Kecuali pelat dapat disiapkan sebelumnya, gelatin itu sendiri meningkatkan kepekaannya sampai 60 kali lebih cepat daripada pelat basah yang dahulu. Sekarang, untuk pertama kalinya, aksi dapat “dihentikan” dengan waktu pencahayaan yang cepat. Pelat baru itu segera rnenimbulkan perubahan dalarn model kamera. Sampai waktu itu, foto dibuat dengan memindahkan tutup lensa dari kamera, sebab pencahayaan diukur berdetik atau bermenit; dan “film”nya sangat lambat sehingga tidak menangkap bayangan jari pemotret. Sekarang, dengan adanya pelat yang lebih cepat, penutup mekanis yang rumit dibutuhkan untuk memasukkan sekilas cahaya melalui lensa. Foto aksi baru yang dramatis segera menyusul. Eadweard Muybridge membuat telaah vital tentang lokomosi, mengurangi pencahayaan sampai seper­sekian detik. Gambar-gambar yang dibuatnya memungkinkan orang melihat pertama kali bagaimana mereka sebenarnya bergerak.




FOTO AKSI BERANGKAI

Muybridge membuat telaah gerak dengan beberapa cara. Dalam dua rangkaian di atas ia menyerempakkan pandangan depan dan belakang gadis yang sedang berjalan. Dalam tiga rangkaian bawah ia menggunakan tiga kamera untuk pelbagai pandangan dari seorang gadis yang melemparkan sapu tangannya. Telaah gerak ini tak ternilai artinya bagi seniman dan dokter yang mengajar berjalan orang cacat. Muybridge mula-mula bekerja dengan pelat basah. Baru setelah memakai pelat kering yang lebih cepat, ia mengembangkan teknik henti-gerak yang membuatnya tenar – dan terkenal jahat, karena banyak rangkaiannya berupa orang bugil

SEDERETAN LENSA

Sebuah kamera berlensa 12 dirancang oleh Muybridge untuk membuat gambar bertu­rutan yang rumit seperti pada halaman sebelah ini. Pemetik menjepret berturutan, ma­sing-masing berselisih sepersekian detik. Apa yang nampak seperti lensa ke-13 (kiri) sebenarnya adalah lensa pemumpun yang mengendalikan pumpun semua lensa lainnya.



METODE TIGA-KAMERA MUYBRIDGE

Untuk memotret gadis yang melemparkan saputangan di gambar sebelah, Muybridge membidikkan tiga kamera berlensa 12 -satu dari samping, satu dari sudut depan dan satu lagi dari sudut belakang. Pemetik disinkronkan sehingga lensa-lensanya bekerja serentak. Ketiga gambar di atas ini masing-masing adalah satu gambar yang diambil oleh lensa keempat pada setiap kamera. Terlihatlah pandangan sekeliling dari gerak gadis itu.

Fotografi bagi Setiap Orang

Penemuan film gulung dan kotak kamera jinjingan yang mudah dipergunakan membuka bidang fotografi bagi amatir. Seorang bernama George Eastman merupakan tenaga inti dalam pembaruan yang mencolok ini. Sebagai seorang pengusaha pelat kering di Rochester, New York, Eastman mulai mempersoalkan mengapa pelat kaca yang mudah pecah dan berat tidak dapat diganti dengan sesuatu yang lebih baik. Bukankah kaca hanyalah alas emulsi? Mengapa tidak menggunakan bahan yang lentur, sesuatu yang dapat digulung pada suatu torak dan ditaruh dalam kamera sedemikian rupa, sehingga satu rangka setiap kali dapat dicahayai? Dalam tahun 1889, Henry M. Reichenbach, seorang karyawan Eastman sudah menyempurnakan alas emulsi serupa itu, terbuat dari campuran nitroselulosa dan alkohol kayu. Penemuan tersebut ternyata sedemikian berhasil sehingga digunakan di seluruh dunia sampai tahun 1930-an – ketika suatu bahan yang tidak begitu mudah terbakar, selulosa asetat, menggantikannya. Sementara itu, Eastman menyempurnakan gulungan film dan kamera yang menampungnya – Kodak. Segala sesuatu yang terdapat pada Kodak pertama ini unik, termasuk namanya, yang dikarang oleh Eastman. Kodak yang merupakan kesederhanaan yang unggul memperpendek proses fotografi menjadi dua langkah mudah: melihat benda melalui pengintai dan memijat pemetik. Kameranya kecil dan enteng; lensanya yang berpumpun tetap dapat menangkap segala sesuatu dengan jelas dalam jarak tiga meter. Film dipasang di pabrik dan sesudah 100 kali pemotretan kamera dikirim ke Eastman Company, tempat film itu dicuci, dicetak dan dikembalikan bersama kamera yang sudah diisi lagi. Kodak itu menggemparkan – berjuta juta dijual di seluruh dunia: Semboyan Eastman “Anda memencet tombol, selanjutnya serahkan kepada kami”, menjadi pemeo internasional, sehingga bahkan muncul dalam operet Gilbert dan Sulli­van, Utopia, Unlimited, dalam tahun 1893.





KODAK PERTAMA

Kodak asli yang mekanisme dalamnya dikeluarkan di atas ini ideal untuk film gulung yang baru ditemukan. Film ini dapat digunakan untuk 100 foto; rangka baru dapat ditempatkan ke posisinya dengan putaran tangan sesudah setiap pencahayaan. Penutup bundar menghilangkan pinggir foto yang cenderung menjadi kabur. Di sebelah kanan, George Eastman, di atas kapal, membidikkan penemuan barunya sementara seorang kawan memotretnya dengan Kodak lain.


Kodak mengabadikan hampir setiap pemandangan, seperti terlihat dalam foto-foto dari tahun 1890 ini. Wisatawan memperlengkapi dirinya dengan Kodak dan menjepret apa saja sementara penduduk asli memotret wisatawan. Di mana-mana orang menangkap pada film apa yang dilihat matanya.

Mulainya Fotografi Berwarna

Cukup mengejutkan bahwa beberapa karya telah diciptakan berwarna sejak seabad yang lampau. Pada waktu itu James Clerk Maxwell dari Skotlandia mendemonstrasikan bahwa foto berwarna dapat dibuat dengan memecah suatu benda menjadi tiga warna utama – merah, hijau dan biru – dengan penapis. Sayang bahwa sistemnya membutuhkan tiga foto tersendiri yang masing-masing mengungkap satu warna. Baru pada tahun 1904 orang menemukan suatu sistem warna yang teran­dalkan, dan hanya menggunakan satu kamera. Ini tercapai di Perancis oleh Lumiere bersaudara dengan proses yang mereka sebut autokrom. Rahasianya adalah di dalam “film” mereka berupa suatu pelat kaca yang dilapisi butir mikroskopik tepung, yang masing-masing diwarnai merah, hijau atau biru. Gagasan memasukkan partikel warna yang berlain-lainan ke dalam film itu sendiri masih tetap diikuti orang sampai zaman sekarang ini.

WARNA PADA AWAL MULANYA

Foto ubin keramik di atas ini dibuat oleh saudara sepupu Nicephore Niepce dalam ta­hun 1867. “Film”-nya adalah suatu pelat perak yang dipekakan can menjadi berwarna tertentu di bawah pengaruh cahaya matahari.

Aperture, Shutter Speed dan ISO ?









APERTURE

Aperture dalam bahasa mudahnya adalah kadar bukaan cahaya yang mengawal kemasukan cahaya, terus kepada image sensor atau kepada filem. Semakin besar kadar bukaan tersebut, semakin banyak cahaya yang dipantulkan dan di'capture' oleh image sensor @ film dan begitulah sebaliknya. Dalam dunia fotografi, aperture dikenali dengan simbol f sebagai contoh f/2.8.

Kadar bukaan yang besar (kemasukan cahaya yang banyak) selalunya mempunyai nombor aperture yang kecil. Sebagai contoh, f/5.6 lebih besar aperturenya berbanding f/32. Apa gunanya mengawal aperture?

Mengawal aperture atau kadar bukaan cahaya ini mampu menghasilkan gambar yang lebih menarik. Sebagai contoh:







Shutter Speed

Shutter speed ialah kadar kelajuan shutter ditutup apabila sesuatu image di'capture'. keadaan ini menentukan berapa lama image terdedah kepada cahaya. Semakin laju shutter speed (fast shutter speed), semakin 'sharp' image yang di'capture.' Semakin perlahan shutter speed (slow shutter speed), semakin 'blur' image yang di'capture'.

Shutter speed juga memainkan peranan penting semasa menangkap gambar. Jadi, apakah mekanisma yang mengawal shutter speed? Shutter speed ditentukan dalam unit per saat (per second). Sebagai contoh, 1/1000s dan 1/500s. Shutter Speed 1/1000s adalah lebih laju berbanding shutter speed 1/500s. Kebolehan menukar shutter speed ini boleh membuatkan gambar yang di'capture' lebih menarik. Sebagai contoh, mengambil gambar objek yang sedang bergerak memerlukan shutter speed yang laju untuk menghasilkan image yang lebih sharp manakala mengambil gambar air terjun dengan menggunakan shutter speed yang perlahan boleh menghasilkan efek 'blur' pada air tersebut. Hal ini boleh membuatkan gambar yang diambil lebih menarik dipandangan mata. Contohnya:
















ISO


ISO telah lama diaplikasikan dalam dunia fotografi sejak zaman SLR lagi (kamera yang menggunakan filem). Teringat saya pada zaman 90-an dulu di mana kotak-kotak kodak mempunyai nombor yang bertulis 100, 200, 400 dan 800. Jika disuruh untuk membeli Film Kodak, ISO 800 akan sentiasa menjadi pilihan kerana pada kotak fikiran saya ketika itu, semakin besar no. yang dipaparkan, semakin bagus filemnya. Ternyata andaian itu meleset. ISO sebenarnya merujuk kepada sejauh mana sensitifnya sesuatu film itu terhadap cahaya. Semakin besar nombor ISO yang dipaparkan semakin sensitiflah ia terhadap cahaya dan semakin banyak grain (noise) pada image yang di'capture'.
Keadaan yang sama juga diaplikasikan pada dunia fotografi digital, terutama pada kamera DSLR. Pada kamera DSLR , ISO ditentukan untuk mengukur betapa sensitifnya Image Sensor terhadap cahaya . Prinsip yang sama seperti kamera film, semakin kecil nombor ISO, semakin kurang sensitif image sensor terhadap cahaya dan semakin kecil grain yang di'capture'. Tetapi apa beza pada kamera DSLR ialah kadar ISO boleh dinaikkan sehingga 3200 pada sesetengah kamera dan ada yang menjangkau 6400?




DSLR TERBAIK 2012




NIKON D4
16.2 effective megapixel, full-frame sensor




CANON EOS 1D MARK III
full-frame, 18.1 Megapixel CMOS sensor



SONY SLT A99
full-frame, 24 megapixel CMOS Sensor, Waterproof




OLYMPUS E-5 PRO
18 megapixels, APS-C image, Waterproof




NIKON D700
12.1 megapixel full-frame sensor



CANON EOS 5D MARK III
22 megapixel, full-frame, CMOS sensor


CANON EOS REBEL T3i
18 Megapixel, APS-C CMOS sensor




CANON EOS 60D
18.2 megapixel, APS-C CMOS sensor


NIKON D5100
16.2 megapixel CMOS sensor





SONY ALPHA A57
16.1 megapixel APS HD CMOS sensor

sejarah SONY

Kedatangan  SONY DSLR

Sony Alpha, menggayakan sebagai Sony α (bahasa Yunani alfa) ialah satu sistem kamera memperkenalkan di 5 Jun 2006.[1] Ia menggunakan dan mengembang atas teknologi-teknologi kamera Konica Minolta, termasuk Minolta AF kanta SLR, aset yang telah diperolehi oleh Sony selepas penghujung Konica Minolta operasi fotografi pada awal 2006. Sony juga mempunyai satu 11.08% pertaruhan pemilikan dalam pengeluaran lens Japan Tamron, yang mana diketahui telah berpasangan dengan Konica Minolta dan Sony dalam reka bentuk itu dan mengeluarkan banyak lensa-lensa.

Sebelum pemerolehan oleh Sony, penjenamaan α telah digunakan di pasaran Jepun oleh Minolta untuk sistem kamera AF mereka (memasarkan sebagai "Dynax" di Eropah , dan "Maxxum" di Amerika Utara). Sony mengamalkan "A-mount sistem" nama untuk Minolta kanta AF, yang telah dikekalkan dalam julat SLR baru mereka.

Kemasukan Sony ke dalam pasaran DSLR sejak Julai 2005 di mana satu usahasama dengan Konica Minolta telah menyebabkan dalam kedua-dua syarikat pemasaran satu garis dikemaskini DSLRs bagi rakyat jelata. Antara 2006 dan 2008 Sony ada syarikat paling cepat berkembang di pasaran DSLR, sampai 13% pasaran saham pada 2008 menjadi syarikat DSLR ketiga terbesar di dunia.[5] Pada bulan Mei 2010, Sony memperkenalkan dua Alpha NEX mirrorless interchangeable lens cameras dilengkapi dengan Sony proprietari E-mount.

SONY LENS

Kanta α alpha, pada mulanya dikenali sebagai bayonet A-type telah diperkenalkan oleh Minolta, Carl Zeiss dalam 1985 sebagai autofokus pertama sistem dunia. Hasilnya, hampir semua lens Minolta dan Carl Zeiss AF disokong oleh Sony DSLRs, banyak lens Sony mengusahakan filem Minolta dan SLRs digital. Semasa pengenalan awal sistem α dalam 2006, Sony mengumumkan 19 lens dan 2 tele-converters , di mana majoriti merupakan rebranded kanta Konica Minolta. Di 2007 PMA Trade Show, Sony mendedahkan beberapa kanta baru, tetapi merujuk kepada mereka hanya dalam syarat-syarat kualitatif dan tidak menyediakan penentuan.

Pada 18 Mei 2009 Sony memperkenalkan kanta A-mount pertama menonjolkan SAM baru mereka (Smooth Auto-focus Motor) enjin fokus auto kanta dalam untuk lebih kanta AF khusus peningkatan-peningkatan Speed. Pengenalan ini telah dibuat dengan kamera siri X+30 badan baru (α350 + 30 = α380). Badan-badan baru ini mengekalkan enjin tumpuan badan dalam untuk keserasian mundur dengan koleksi sejarah kanta. Sebagai tambahan, badan-badan baru menggunakan output HDMI untuk pameran di set-set HD TV dan menonjolkan kad ingatan dual memasukkan untuk kedua-dua Memory proprietari Stick Pro Duo Sony serpih serta media SDHC format, sementara menghapuskan sokongan CompactFlash.

DESIGNATIONS SONY

DT    :"Digital Technology", lenses for Sony cameras with APS-C size sensors. Cannot reasonably be used on 24x36mm full-frame cameras.
G      :"Gold" series, Sony's line-up of high-grade lenses.
ZA    :
"Zeiss Alpha", lenses for Sony Alpha cameras. ZA lenses are designed and manufactured by Sony in Japan, once the designs get approval by Carl Zeiss AG to meet their quality standards.
SSM  :
"SuperSonic Motor", silent in-lens ultrasonic motor used on some lenses. Can be used with manual focusing on cameras without SSM support (Minolta film bodies released before 2000).
SAM :
"Smooth Autofocus Motor", a cheaper alternative to the SuperSonic Motor offered on some entry level lenses since 2009. Supported by all cameras which also support SSM lenses. Can be used with manual focusing on cameras without SSM support (Minolta film bodies released before 2000).


sejarah NIKON




Nikon
ialah singkatan bagi Nikon Corporation atau Nikon Corp. Nikon merupakan syarikat Jepun yang mengkhususkan pengeluaran kamera, binokular, mikroskop, alat pengukuran , alatan semikonduktur dan fotolitografi. Ia diasaskan pada 1917 dengan nama Nippon Kogaku Kogyo (Industri Optikal Jepun). Kemudian nama itu ditukar kepada Nikon Corp pada 1988. Nikon merupakan sebahagian dari syarikat konglomerat Mitsubishi Group.
Nama Nikon muncul sejak 1946 iaitu gabungan Nippon kogaku dengan Zeiss Ikon. Lensa kamera Nikkor dikeluarkan untuk kamera SLR (Single Lens Reflect). Nikonos pula ialah kamera yang digunakan dalam air. Siri kamera Nikon F ialah kamera profesional menggunakan filem 135 SLR. Kamera Nikon siri D merujuk kepada kamera Nikon Digital SLR. Nikon telah berjaya meningkatkan mutu kamera dalam fotografi digital untuk pengguna dan pengguna profesional. Jenama terkini ialah Nikon D200, D80, D70, D50, D40 dan terkini ialah D300.
Syarikat Nikon bersaing dengan jenama lain seperti Canon, Kodak, Sony, Pentax, Fujifilm dan Olympus. Nikon adalah pengeluar terbesar di dunia dan menguasai 44% pasaran
   
Nikon Corporation diasaskan pada 1917 di Jepun iaitu selepas Perang Dunia I. Selepas 60 tahun beroperasi, Nikon mempunyai 19 kilang dan 23,000 pekerja dengan mengeluarkan kamera, optik, teropong, mikroskop dan lain-lain. Mulanya dikeluarkan untuk kegunaan tentera Jepun. Pada 1948, kamera jenama Nikon mula dikeluarkan dan dipopularkan oleh fotojurnalis Amerika bernama Douglas David Duncan semasa Perang Korea. Kamera Nikon mulaNya menggunakan lensa Leica. Nikon juga terkenal dalam pengeluaran peralatan fotolithografi.
Pada Januari 2006, Nikon mengumumkan pemberhentian pengeluaran filem kamera kerana teknologi kamera digital terkini tidak lagi menggunakan filem.
Jenama Nikon berjaya menguasai pasaran pengguna di India, Arab Saudi, Turki, Iran, Bahrain, Israel, Oman, Qatar dan Emiriyah Arab Bersatu.

sejarah CANON


Canon memperkenalkan kamera T80 yang mempunyai autofokus dengan 3 kanta FD. Walaubagaimanapun, sistem autofokus Canon pada masa itu bersifat eksperimen dan hasilnya amat tidak memuaskan menyebabkan jualan kameranya itu tidak memberangsangkan. Berikutan itu, Canon mula serius dalam kamera autofokus dan memperkenalkan siri EOS pada tahun 1987.

KANTA EF

Nadi kepada sistem EOS ialah kanta EF.

Dengan mengambil pendekatan berbeza dari syarikat lain, Canon meninggalkan cagak FD dan membangunkan sistem baru dengan menggunakan cagak EF. Sistem pergerakan autofokus dan dedahan automatik dilakukan sepenuhnya oleh komputer dan motor di dalam kanta, manakala hubungan antara kanta dan badan kamera dalam bentuk isyarat elektronik. Ini amat berbeza dengan cagak FD yang memerlukan badan kamera untuk melakukan semua itu. Cagak EF ini kemudian berkembang dengan Canon memperkenalkan USM (Motor Ultrasonik), manual fokus sepanjang masa (full time manual focus), dan juga IS (penstabilan imej).

FLASH / SPEEDLITE

Sistem denyar EOS telah melalui banyak perubahan sejak pengenalannya. Sistem denyar EOS yang asal sebenarnya dibangunkan bukan untuk kamera EOS yang pertama, sebaliknya untuk kamera yang menggunakan cagak FD, T90 yang dilancarkan pada tahun 1986. Kamera ini merupakan kamera Canon yang pertama menggunakan teknik pemeteran denyar melalui kanta (through-the-lens, TTL), walaupun kamera dari jenama lain telah menggunakan teknik yang sama. Sistem A-TTL (TTL Lanjutan) untuk dedahan denyar yang lebih baik semasa menggunakan mod program, menggunakan pra-denyar inframerah untuk mengukur jarak subjek.
Sistem ini kemudiannya digantikan dengan E-TTL (TTL berpenilaian). Ini menggunakan pra-denyar untuk pemeteran awal dan menggunakan sistem autofokus untuk menilai kedudukan subjek untuk dedahan yang lebih tepat. E-TTL II, merupakan penambahbaikan di dalam perisian kamera, menggantikan E-TTL sejak tahun 2004.
Denyar berjenama Speedlite dari Canon ini berubah selaras dengan kameranya. Denyar-denyar ini berkebolehan untuk penyediaan multi-denyar secara berwayar mahupun tanpa-wayar. Penggunaan tanpa-wayar menggunakan dedenyut cahaya tampak mahupun inframerah untuk disamakan. Canon juga mengeluarkan pelbagai aksesori Speedlite untuk pelbagai kegunaan

EOS
Kamera pertama yang menggunakan sistem ini, Canon EOS 650 diperkenalkan pada tahun 1987 dan berjaya menduduki tempat pertama di Jepun, Amerika dan juga Eropah. Sehingga tahun 2007, Canon telah mengeluarkan lebih 40 model kamera EOS. Kamera EOS memasuki era digital dengan Canon EOS D30 diperkenalkan pada tahun 2000 dan kamera filem ditinggalkan pada tahun 2007

Kerjasama dengan Kodak



Canon menghasilkan kamera digital pertamanya pada tahun 1995 dengan kerjasama Kodak. Kamera-kamera ini menggunakan belakang kamera digital. Sensor imej dan elektronik direka oleh Kodak bersama dengan EOS-1N yang telah diubah suai. Disebabkan badan kameranya menggunakan sistem EOS, ia boleh menerima kanta EF seperti kamera Canon EOS yang lain

Keluaran sendiri

Selepas tamatnya perjanjian kerjasama dengan Kodak, Canon mengeluarkan EOS D30 yang disasarkan kepada kumpulan pengguna pertengahan. Mulai EOS D30, Canon mengeluarkan kamera direka, dibangun dan dibuatnya sendiri.
Semua kamera SLR digital Canon dilengkapi dengan sensor CMOS. Hanya EOS-1D sahaja yang menggunakan sensor CCD yang dibangunkan oleh Panasonic

Cinema EOS

Melihat kepada trend pengguna yang menggunakan kamera SLR digital dalam bidang perfileman (terutamanya EOS 5D Mark II), Canon telah memperkenalkan satu barisan kamera wayang berdasarkan sistem EOS ini. Sistem ini diberi nama Cinema EOS. Sama seperti kamera EOS yang lain, kamera di bawah sistem ini juga menggunakan cagak EF dengan beberapa model ditawarkan untuk cagak PL, cagak yang menjadi satu piawai dalam industri perfileman.
Kamera Cinema EOS yang pertama ialah C300, dijual pada tahun 2011