Aperture, Shutter Speed dan ISO ?









APERTURE

Aperture dalam bahasa mudahnya adalah kadar bukaan cahaya yang mengawal kemasukan cahaya, terus kepada image sensor atau kepada filem. Semakin besar kadar bukaan tersebut, semakin banyak cahaya yang dipantulkan dan di'capture' oleh image sensor @ film dan begitulah sebaliknya. Dalam dunia fotografi, aperture dikenali dengan simbol f sebagai contoh f/2.8.

Kadar bukaan yang besar (kemasukan cahaya yang banyak) selalunya mempunyai nombor aperture yang kecil. Sebagai contoh, f/5.6 lebih besar aperturenya berbanding f/32. Apa gunanya mengawal aperture?

Mengawal aperture atau kadar bukaan cahaya ini mampu menghasilkan gambar yang lebih menarik. Sebagai contoh:







Shutter Speed

Shutter speed ialah kadar kelajuan shutter ditutup apabila sesuatu image di'capture'. keadaan ini menentukan berapa lama image terdedah kepada cahaya. Semakin laju shutter speed (fast shutter speed), semakin 'sharp' image yang di'capture.' Semakin perlahan shutter speed (slow shutter speed), semakin 'blur' image yang di'capture'.

Shutter speed juga memainkan peranan penting semasa menangkap gambar. Jadi, apakah mekanisma yang mengawal shutter speed? Shutter speed ditentukan dalam unit per saat (per second). Sebagai contoh, 1/1000s dan 1/500s. Shutter Speed 1/1000s adalah lebih laju berbanding shutter speed 1/500s. Kebolehan menukar shutter speed ini boleh membuatkan gambar yang di'capture' lebih menarik. Sebagai contoh, mengambil gambar objek yang sedang bergerak memerlukan shutter speed yang laju untuk menghasilkan image yang lebih sharp manakala mengambil gambar air terjun dengan menggunakan shutter speed yang perlahan boleh menghasilkan efek 'blur' pada air tersebut. Hal ini boleh membuatkan gambar yang diambil lebih menarik dipandangan mata. Contohnya:
















ISO


ISO telah lama diaplikasikan dalam dunia fotografi sejak zaman SLR lagi (kamera yang menggunakan filem). Teringat saya pada zaman 90-an dulu di mana kotak-kotak kodak mempunyai nombor yang bertulis 100, 200, 400 dan 800. Jika disuruh untuk membeli Film Kodak, ISO 800 akan sentiasa menjadi pilihan kerana pada kotak fikiran saya ketika itu, semakin besar no. yang dipaparkan, semakin bagus filemnya. Ternyata andaian itu meleset. ISO sebenarnya merujuk kepada sejauh mana sensitifnya sesuatu film itu terhadap cahaya. Semakin besar nombor ISO yang dipaparkan semakin sensitiflah ia terhadap cahaya dan semakin banyak grain (noise) pada image yang di'capture'.
Keadaan yang sama juga diaplikasikan pada dunia fotografi digital, terutama pada kamera DSLR. Pada kamera DSLR , ISO ditentukan untuk mengukur betapa sensitifnya Image Sensor terhadap cahaya . Prinsip yang sama seperti kamera film, semakin kecil nombor ISO, semakin kurang sensitif image sensor terhadap cahaya dan semakin kecil grain yang di'capture'. Tetapi apa beza pada kamera DSLR ialah kadar ISO boleh dinaikkan sehingga 3200 pada sesetengah kamera dan ada yang menjangkau 6400?




Tiada ulasan: