Jurugambar islam terkenal


PETER SANDERS



Peter Sanders
adalah salah seorang jurugambar yang tersohor di peringkat antarabangsa khususnya dalam Dunia Islam. Beliau juga telah muncul sebagai salah seorang jurugambar Muslim yang amat professional dan berkebolehan di Britain pada waktu ini. Fokus beliau ialah masyarakat Islam di serata dunia, terutamanya dari kawasan yang terpencil dan masyarakat tradisional seperti Mauritania, Hadramaut, China dan Jepun.

Sanders, dilahirkan di London, mula menceburkan diri dalam kerjaya seni foto sewaktu pertengahan zaman 1960-an, di mana beliau sering merakamkan wajah pemuzik-pemuzik terkenal pada waktu itu termasuklah Bob Dylan dan kumpulan The Rolling Stones. Pada tahun 1970, perhatian beliau berubah haluan, yang lebih menjurus ke arah kerohanian Iman dunia masyarakat Islam. Pada tahun 1971 beliau telah diberikan satu peluang unik untuk merakamkan kehangatan perhimpunan ibadah terbesar dunia di Makkah pada musim Haji. Gambar-gambar ini muncul di dalam majalah-majalah utama UK dan Eropah seperti Majalah The Sunday Times, The Observer dan Paris Match.
Usaha untuk menjelaskan kehalusan iman bukan merupakan satu kerja yang mudah. Buat masa kini, beliau amat menitikberatkan usaha untuk mendekatkan jurang budaya di antara dunia barat yang sekular dan dunia Islam. Memandangkan beliau dapat melihat keindahan Islam dari dalam, beliau ingin berkongsi pengalaman ini dengan orang lain. Dengan menggunakan negaranya sendiri yakni Britain sebagai subjek, Sanders telah berjaya menarik minat umum terhadap sebuah Negara yang mempunyai populasi masyarakat Islam yang besar dan amat penting kepada komuniti. Hasilnya merupakan sesuatu yang memberikan penjelasan dan juga kepuasan dari segi estetik.


THOMAS J ABERCROMBIE


Thomas J. Abercrombie (13 Ogos 1930 - April 3, 2006) adalah seorang penulis dan jurugambar untuk National Geographic, terkenal untuk kerja-kerja di negara Timur Tengah.
Sepanjang tempoh perkhidmatan beliau di majalah Geographic, Abercrombie mengembara ke semua tujuh benua, menjadi photojournalist yang pertama ke Kutub Selatan pada tahun 1956 di samping menyediakan gambar-gambar untuk Paul Siple semasa musim sejuk
Liputan yang lain termasuklah gambar-gambar Jacques Cousteau bersama anak kapal Cousteau Calypso dan penghantaran harimau putih yang pertama dari India ke Amerika Syarikat.
Abercrombie adalah wartawan Barat pertama yang memeluk Islam dan menunaikan haji ke
Mekah."sumber artikelnya yang diterbitkan tahun 1966"
Selepas bersara dari National Geographic pada tahun 1993, Abercrombie mengajar geografi di
Universiti George Washington. Beliau fasih dalam lima bahasa (Arab, Inggeris, Jerman, Perancis, dan Sepanyol) Abercrombie meninggal dunia di Hospital Johns Hopkins, Baltimore, Maryland atas sebab komplikasi jantung pada 'april 2006'
Kerjaya photojournalism Abercrombie telah didokumenkan dalam filem White Tiger: The Adventures of Thomas J. Abercrombie, pada tahun 2004 oleh pengarah filem Patricia A. Leone, Blue Marlin Productions, Pada Ogos 2006 National Geographic memberi satu artikel penghormatan pada Abercrombie yang berjudul "A Life Geographic" di samping itu National Geographic telah mengelarkan benua Antartika adalah puncak Abercrombie disebabkan jasa beliau.
Abercrombie juga merupakan salah satu daripada empat jurugambar dunia yang diberi penghormatan di Odysseys yang dianugerahkan oleh National Geographic Society, dan gambar-gambar tersebut di pamerkan di Muzium Negara Geographic di Washington, DC

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

allah maha besar :)