sejarah NIKON




Nikon
ialah singkatan bagi Nikon Corporation atau Nikon Corp. Nikon merupakan syarikat Jepun yang mengkhususkan pengeluaran kamera, binokular, mikroskop, alat pengukuran , alatan semikonduktur dan fotolitografi. Ia diasaskan pada 1917 dengan nama Nippon Kogaku Kogyo (Industri Optikal Jepun). Kemudian nama itu ditukar kepada Nikon Corp pada 1988. Nikon merupakan sebahagian dari syarikat konglomerat Mitsubishi Group.
Nama Nikon muncul sejak 1946 iaitu gabungan Nippon kogaku dengan Zeiss Ikon. Lensa kamera Nikkor dikeluarkan untuk kamera SLR (Single Lens Reflect). Nikonos pula ialah kamera yang digunakan dalam air. Siri kamera Nikon F ialah kamera profesional menggunakan filem 135 SLR. Kamera Nikon siri D merujuk kepada kamera Nikon Digital SLR. Nikon telah berjaya meningkatkan mutu kamera dalam fotografi digital untuk pengguna dan pengguna profesional. Jenama terkini ialah Nikon D200, D80, D70, D50, D40 dan terkini ialah D300.
Syarikat Nikon bersaing dengan jenama lain seperti Canon, Kodak, Sony, Pentax, Fujifilm dan Olympus. Nikon adalah pengeluar terbesar di dunia dan menguasai 44% pasaran
   
Nikon Corporation diasaskan pada 1917 di Jepun iaitu selepas Perang Dunia I. Selepas 60 tahun beroperasi, Nikon mempunyai 19 kilang dan 23,000 pekerja dengan mengeluarkan kamera, optik, teropong, mikroskop dan lain-lain. Mulanya dikeluarkan untuk kegunaan tentera Jepun. Pada 1948, kamera jenama Nikon mula dikeluarkan dan dipopularkan oleh fotojurnalis Amerika bernama Douglas David Duncan semasa Perang Korea. Kamera Nikon mulaNya menggunakan lensa Leica. Nikon juga terkenal dalam pengeluaran peralatan fotolithografi.
Pada Januari 2006, Nikon mengumumkan pemberhentian pengeluaran filem kamera kerana teknologi kamera digital terkini tidak lagi menggunakan filem.
Jenama Nikon berjaya menguasai pasaran pengguna di India, Arab Saudi, Turki, Iran, Bahrain, Israel, Oman, Qatar dan Emiriyah Arab Bersatu.

Tiada ulasan: