Kamera termahal didunia


Kepada sesiapa merasakan kamera dia mahal atau pun hebat itu silap. disini korang boleh survey kot² ade berkenan dihati boleh beli satu untuk hobi tepi pantai tak pun job korang,
untuk info lebih lanjut boleh rujuk di Google




(1) LEICA 1923 price $1.9 million











Kamera berusia 84 tahun ini pertama kali dijual dengan harga $1.9 million buatan Jerman yang dirancang untuk diekspor ke New York. Pada acara lelong
Westlicht Vienna, di Austria, kamera ini terjual dengan harga yang jauh lebih mahal sehingga mendapat rekod tertinggi antara kamera termahal di dunia




(2) PHANTOM gold price $152.309.00

Menangkap gambar dari objek yang bergerak tentu tidak mudah. Kamera
Phantom Gold yang dijual dengan harga $152.309.00 ini mempunyai fungsi merakam kegiatan objek yang bergerak terlalu lambat mahupun terlalu pantas. Kemampuan dan kualiti kamera video ini tidak ditandingi dari kamera video manapun. Bahkan ia dapat merakam kegiatan haiwan yang berada jauh di bawah dasar laut.



(3) PHANTOM V1610 price $110.699.00


Apabila Anda mencari sesuatu yang tidak dapat di lihat dengan mata kasar bahkan terlalu pantas, maka Phantom v1610 adalah jawapannya. Kamera ini memiliki kemampuan untuk menangkap pergerakan 1 juta frame/detik (shutter speed 1/1,000.000) dengan resolusi rendah atau keadaan gelap. maka ianya memerlukan $110,699.00 untuk kamera ini


(4) SONY F65 Cinealta price $75,889.00
Sony tidak hanya terkenal dengan barang-barang berteknologi tinggi seperti PC, audio dan tv, tetapi untuk kamera/video High Definition (HD) yang sangat sesuai untuk fotografi/filem dengan program kontrol jarak jauh ini di nilai dengan harga $75,889.00 pada tahun 2012, kamera ini juga mampu merakam 4 kali dengan intensif full HD malah ianya mendapat permintaan tinggi oleh syaikat gergasi WARNER BROS PICTURES ( WB )


(5) 
HASSELBLAD H4D price $45,998.00
Kamera buatan
Kopenhagen Denmark ini dipasarkan dengan harga $45,995.00 Kemampuan mengambil gambar dengan resolusi ultra paling tinggi, membuatkan ia menjadi salah satu idola bagi peminat dunia fotografi. kualiti gambarnya yang sangat tinggi yaitu 600 megapixel pada setiap gambarnya membuatnya menjadi salah satu kamera termahal buatan Eropah



(6) 
LEAF AFi 10 price $31,995.00
Kamera dengan resolusi 56 megapixel ini dirancang untuk memenuhi selera profesional fotografer. Kemampuannya yang dapat menangkap gambar 1 frame/detik ini membuat harganya tidak murah. Namun harga $31,995.00 cukup berbaloi dengan fasilitas yang ditawarkannya. Teknologi
Verto yang digunakan dalam Leaf AFi 10 ini tidak perlu buat Anda berganti posisi kamera ketika sedang dalam posisi landscape atau portrait



(7) 
CANON diamond iXUS price $30,990.00
Kamera bertahtakan berlian ini merupakan edisi terhad yang diproduksi oleh Canon, dalam menyambut perayaan 10 tahun perusahaan tersebut. Kamera yang dilelong di salah satu tempat jual beli dunia,
Ebay ini terjual dengan harga $30,990.00. ianya diselaputi 380 berlian yang 'ditaburkan' di Canon Diamond IXUS ini

(8) HASSELBLAD H2D price $29,398.00



Hasselblad H2D-39 adalah kamera digital beresolusi 39 megapixel untuk mengambil detik² indah dengan kualiti gambar yang superb. Harga H2D-39 sekitar $29,398.00 pada tahun 2011. ianya penuh dengan berbagai terknologi dan membuatkan ia menjadi salah satu kamera berkualiti tinggi dengan lensa yang paling maju di dunia.










:  info lebih lanjut boleh ke Google .

Lebah sains dan Al-Quran







"Dan Tuhanmu mewahyukan kepada lebah, "Buatlah sarang-sarang di bukit-bukit, di pohon-pohon kayu, dan di tempat-tempat yang dikeliling manusia," kemudian makanlah dari tiap-tiap (macam) buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan (bagimu). Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat penawar yang menyembuhkan manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Tuhan) bagi orang-orang yang beriman."
(QS. An-Nahl: 68-69)

Hampir semua orang tahu bahwa madu adalah sumber makanan penting bagi tubuh manusia, tetapi sedikit sekali manusia yang menyedari sifat-sifat luar biasa dari penghasilnya, iaitu lebah madu.

    Sebagaimana kita ketahui, sumber makanan lebah adalah nektar, yang tidak dijumpai pada musim dingin. Oleh kerana itulah, lebah mencampur nektar yang mereka kumpulkan pada musim panas dengan cairan khusus yang dikeluarkan tubuh mereka. Campuran ini menghasilkan zat bergizi yang baru-iaitu madu dan menyimpannya untuk musim dingin yang akan datang.

    Sungguh menarik untuk diketahui  bahawa lebah menyimpan madu jauh lebih banyak dari yang sebenarnya. Pertanyaan pertama yang muncul pada benak kita adalah: mengapa lebah tidak menghentikan produksi lebihan ini, yang nampak hanya membuang-buang waktu dan tenaga? Jawaban untuk pertanyaan ini tersembunyi dalam kata "wahyu" yang telah diberikan kepada manusia, seperti disebutkan dalam ayat tadi.

Khasiat yang ada pada madu lebah seperti "Vitamin B1, B2, C, B6, B3, gula seperti glukosa, fruktosa, mineral seperti magnesium, kalium, kalsium, natrium, klor, fosfat disamping itu ia juga boleh memulihkan kesuburan wanita dan lelaki"

Teknik pose

Salam. Dalam tutorial ini saya ingin berkongsi asas untuk portrait, iaitu penggayaan kaki.
Seringkali kita mendengar jurufoto mengatakan mereka tidak suka pose pengantin. Ini agak pelik kerana sekiranya mereka tidak tahu teknik pose, mereka tidak akan tahu bagaimana rupa bentuk yang paling menarik secara teori. Dan sekiranya mereka tidak tahu secara teori, ini menandakan mereka cuma mengikut rasa dan feel. Dan selalunya bila mereka dapat pengantin yang kurang cantik, mereka akan hilang feel dan gagal merakam portrait dengan lebih baik.
Untuk bahagian ini, adalah tentang kaki, paling asas, jangan berdirikan subjek tegak saja. Kaki pelanggan anda akan kelihatan sangat besar dan gedabak. Cuba letak satu kaki di belah hadapan satu lagi kaki. Dengan automatik, kaki akan nampak tirus dan mereka akan kelihatan lebih bergaya dan menarik.



        

Jurugambar islam terkenal


PETER SANDERS



Peter Sanders
adalah salah seorang jurugambar yang tersohor di peringkat antarabangsa khususnya dalam Dunia Islam. Beliau juga telah muncul sebagai salah seorang jurugambar Muslim yang amat professional dan berkebolehan di Britain pada waktu ini. Fokus beliau ialah masyarakat Islam di serata dunia, terutamanya dari kawasan yang terpencil dan masyarakat tradisional seperti Mauritania, Hadramaut, China dan Jepun.

Sanders, dilahirkan di London, mula menceburkan diri dalam kerjaya seni foto sewaktu pertengahan zaman 1960-an, di mana beliau sering merakamkan wajah pemuzik-pemuzik terkenal pada waktu itu termasuklah Bob Dylan dan kumpulan The Rolling Stones. Pada tahun 1970, perhatian beliau berubah haluan, yang lebih menjurus ke arah kerohanian Iman dunia masyarakat Islam. Pada tahun 1971 beliau telah diberikan satu peluang unik untuk merakamkan kehangatan perhimpunan ibadah terbesar dunia di Makkah pada musim Haji. Gambar-gambar ini muncul di dalam majalah-majalah utama UK dan Eropah seperti Majalah The Sunday Times, The Observer dan Paris Match.
Usaha untuk menjelaskan kehalusan iman bukan merupakan satu kerja yang mudah. Buat masa kini, beliau amat menitikberatkan usaha untuk mendekatkan jurang budaya di antara dunia barat yang sekular dan dunia Islam. Memandangkan beliau dapat melihat keindahan Islam dari dalam, beliau ingin berkongsi pengalaman ini dengan orang lain. Dengan menggunakan negaranya sendiri yakni Britain sebagai subjek, Sanders telah berjaya menarik minat umum terhadap sebuah Negara yang mempunyai populasi masyarakat Islam yang besar dan amat penting kepada komuniti. Hasilnya merupakan sesuatu yang memberikan penjelasan dan juga kepuasan dari segi estetik.


THOMAS J ABERCROMBIE


Thomas J. Abercrombie (13 Ogos 1930 - April 3, 2006) adalah seorang penulis dan jurugambar untuk National Geographic, terkenal untuk kerja-kerja di negara Timur Tengah.
Sepanjang tempoh perkhidmatan beliau di majalah Geographic, Abercrombie mengembara ke semua tujuh benua, menjadi photojournalist yang pertama ke Kutub Selatan pada tahun 1956 di samping menyediakan gambar-gambar untuk Paul Siple semasa musim sejuk
Liputan yang lain termasuklah gambar-gambar Jacques Cousteau bersama anak kapal Cousteau Calypso dan penghantaran harimau putih yang pertama dari India ke Amerika Syarikat.
Abercrombie adalah wartawan Barat pertama yang memeluk Islam dan menunaikan haji ke
Mekah."sumber artikelnya yang diterbitkan tahun 1966"
Selepas bersara dari National Geographic pada tahun 1993, Abercrombie mengajar geografi di
Universiti George Washington. Beliau fasih dalam lima bahasa (Arab, Inggeris, Jerman, Perancis, dan Sepanyol) Abercrombie meninggal dunia di Hospital Johns Hopkins, Baltimore, Maryland atas sebab komplikasi jantung pada 'april 2006'
Kerjaya photojournalism Abercrombie telah didokumenkan dalam filem White Tiger: The Adventures of Thomas J. Abercrombie, pada tahun 2004 oleh pengarah filem Patricia A. Leone, Blue Marlin Productions, Pada Ogos 2006 National Geographic memberi satu artikel penghormatan pada Abercrombie yang berjudul "A Life Geographic" di samping itu National Geographic telah mengelarkan benua Antartika adalah puncak Abercrombie disebabkan jasa beliau.
Abercrombie juga merupakan salah satu daripada empat jurugambar dunia yang diberi penghormatan di Odysseys yang dianugerahkan oleh National Geographic Society, dan gambar-gambar tersebut di pamerkan di Muzium Negara Geographic di Washington, DC